Dasar Kuki

Apa itu Kuki?

Kuki adalah fail teks kecil yang diletakkan pada peranti anda (seperti komputer, telefon pintar atau peranti lain yang didayakan oleh internet) apabila anda melawat suatu tapak atau halaman untuk mengumpul data mengenai penggunaan Laman Web kami pada suatu tarikh yang akan dating. Kuki akan membantu laman web, atau laman web lain, untuk mengenali peranti anda apabila anda melawati tapak tersebut. Kebanyakan penyemak imbas ditetapkan secara lalai untuk menerima kuki.

Selain daripada kuki, kami juga menggunakan suar web dan teknologi storan yang lain untuk mengumpulkan maklumat dari Laman Web kami. Seperti kuki, suar web dan teknologi penyimpanan yang serupa mengumpul data mengenai penggunaan Laman Web kami dan boleh mengenali peranti anda pada kali seterusnya anda melawati Laman Web kami.

Kenapa kami menggunakan kuki

Kami menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman penyemakan imbas anda (misalnya, dengan mengingati keutamaan anda dan mengenali anda sebagai pengunjung berulang ke Laman Web kami), dan untuk menjejak statistik-statistik mengenai penggunaan Laman Web kami. Ini membolehkan kami lebih memhami pengguna-pengguna kami (termasuk ahli-ahli yang dihargai) dan memperbaiki susun atur dan kefungsian Laman Web kami. Pengesanan ini amnya dijalankan sedemikina rupa untuk memastikan keanoniman para pengunjung ke Laman Web kami. Walaupun kuki boleh mengenal pasti computer anda, ia tidak sepatutnya mengenal pasti anda kecuali jika anda berdaftar dengan Laman Web (contohnya, kerana anda adalah ahli) atau log masuk menggunakan profil media sosial anda. Dalam hal ini, kuki akan dihubungkan dengan profil anda supaya kami dapat mengenali anda dan menyediakan kandungan yang lebih relevan.

Jenis-jenis kuki yang kami guna

Khususnya, kami menggunakan kuki berikut:

  • Kuki yang sangat diperlukan untuk pengoperasian Laman Web kami, seperti kuki yang membolehkan anda masuk ke dalam kawasan selamat Laman Web kami (misalnya, kawasan-kawasan ahli sahaja) atau mematuhi undang-undang (sebagai contoh, untuk menyimpan maklumat anda selamat). Jika pengguna memilih untuk menyahaktifkan kuki ini, pengguna mungkin mendapati bahawa bahagian-bahagian tertentu Laman Web kami tidak berfungsi dengan baik bagi mereka (misalnya, pengguna mungkin tidak boleh mengakses semua kandungan yang menjadi hak keahlian mereka untuk diakses).
  • Kuki prestasi yang mengenali dan mengira jumlah pengguna ke Laman Web kami dan membantu kami melihat bagaimanapengguna bergerak di Laman Web kami. Kuki ini tidak mengumpulkan maklumat yang mengenal pasti pelawat. Kami hanya menggunakan maklumat sedemikian untuk meningkatkan laman web kami. Maklumat ini membantu kami untuk mengetahui sejauh mana tapak web ini berfungsi dan menyoroti di mana ia dapat diperbaiki.
  • Kuki kefungsian yang digunakan untuk mengenali anda apabila anda kembali ke Laman Web kami dan membantu kami memperibadikan pengalaman kandungan dan laman web anda dengan mengingati pilihan anda. Kuki ini juga digunakan untuk menyediakan perkhidmatan yang anda minta. Maklumat yang dikumpulkan oleh kuki kefungsian mungkin atau mungkin tidak disiarkan, tetapi mereka tidak dapat menjejaki aktiviti penyemakan imbas anda di laman web lain.
  • Kuki penyasaran yang digunakan untuk merakamkan lawatan anda ke Laman Web kami, halaman yang anda lawati dan pautan yang anda ikuti. Kuki ini digunakan untuk mengiklankan produk yang relevan kepada anda di laman web lain, berdasarkan produk-produk dan kategori-kategori yang anda lihat di charteredaccountantsanz.com.

Kuki dan teknologi pihak ketiga

Kuki pihak ketiga adalah kuki yang ditetapkan oleh domain selain daripada yang anda kunjungi. Jika anda melawat salah satu Laman Web kami dan syarikat yang berasingan menetapkan suatu kuki melalui Laman Web ini, ini adalah kuki pihak ketiga.

Untuk mencuba dan membawa anda tawaran dan iklan yang menarik minat anda, kami mempunyai hubungan dengan syarikat-syarikat pihak ketiga termasuk, Google, Adobe Analytics, Facebook, LinkedIn dan pembekal-pembekal lain (Pembekal Pihak Ketiga) yang membolehkan mereka meletakkan kuki di Laman Web kami.

Pembekal Pihak Ketiga ini boleh:

  • menggunakan Kuki Pihak Ketiga, suar web, dan teknologi storan lain untuk mengumpulkan atau menerima maklumat daripada Laman Web kami dan di tempat lain di internet;
  • membandingkan maklumat yang tidak lagi dapat dikenal pasti daripada kami dengan maklumat yang dikumpulkan di tempat lain di internet; dan
  • menggunakan maklumat tersebut untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan pengukuran dan iklan-iklan sasaran kepada anda.

Berapa lama kuki akan disimpan pada peranti anda

Kuki sesi adalah sementar. Mereka membenarkan pengendali-pnegendali laman web untuk memaut tindakan pengguna semasa sesi penyemak imbas, tempoh masa antara pengguna membuka tingkap penyemak imbas dan menutupnya. Setelah ditutup, kuki akan dipadamkan. Kuki berterusan akan kekal pada peranti pengguna untuk tempoh masa yang ditentukan dalam kuki tersebut.

Bagaimana anda boleh mengurus kuki anda

Jika anda tidak mahu menerima apa-apa kuki (selain daripada yang diperlukan) anda boleh menetapkan penyemak imbas anda (seperti Firefox, Google Chrome, Internet Explorer atau Safari) sama ada untuk menyegera atau menolak kuki. Sila ambil perhatian bahawa penolakan kuki mungkin bermakna bahawa bukan semua fungsi di Laman Web kami yang anda lawati tersedia kepada anda.

Beberapa laman web yang membolehkan anda mengawal maklumat yang dikumpulkan mengenai anda adalah:

Dasar Privasi Global

Read our privacy policy in Bahasa Malaysia

Read More