Dasar Privasi Global

Akauntan Bertauliah Australia dan New Zealand ('Chartered Accountants Australia and New Zealand') (ABN 50 084 642 571) (CA ANZ), anak-anak syarikatnya dan Institut Akauntan Bertauliah New Zealand ('New Zealand Institute of Chartered Accountants'), sebuah badan pengawal selia yang ditubuh di bawah Akta Institut Akauntan Bertauliah New Zealand 1996 (NZ) ('Institute of Chartered Accountants Act 1996') dan dikawal oleh CA ANZ (kami), menghormati privasi anda dan komited untuk melindungi maklumat peribadi anda.

Bagi tujuan undang-undang perlindungan data yang berkenaan, kami adalah pengawal data.  

Dasar Privasi ini terpakai kepada semua maklumat peribadi yang kami kumpul, atau diserah kepada kami, sama ada di luar talian atau dalam talian, termasuk maklumat peribadi yang dikumpul atau diserah melalui laman web kami (Laman Web kami) dan mana-mana laman web "mobil", "apps", widget dan ciri-ciri interaktif mudah alih yang lain (secara kolektif, App kami) melalui laman-laman media sosial rasmi yang kami kawal (Halaman Media Sosial kami) serta melalui mesej e-mel berformat HTML yang kami hantar kepada anda (secara kolektif, termasuk Halaman Media Sosial, App dan Laman Web, Tapak Web).

Dasar Privasi ini menerangkan cara kami menangani maklumat yang kami kumpul dan menunjukkan komitmen kami untuk melindungi privasi anda. Dengan melawati Tapak Web dan memberikan maklumat peribadi kepada kami, anda menerima dan bersetuju dengan amalan yang diterangkan dalam Dasar Privasi ini. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan mana-mana terma Dasar Privasi ini, sila jangan gunakan Tapak Web atau serahkan sebarang maklumat peribadi kepada kami.

Dasar Privasi ini dikemas kini pada 26 June 2018.

1. Maksud istilah-istilah yang digunakan dalam Dasar Privasi ini

Dalam Dasar Privasi ini:

  • maklumat peribadibermaksud apa-apa maklumat atau pendapat tentang anda (termasuk maklumat atau pendapat yang membentuk sesebahagian daripada pangkalan data), di mana anda boleh dikenal pasti secara langsung atau tidak langsung, sama ada secara bersendirian atau bersama dengan maklumat lain, sama ada benar atau tidak, dan yang mana diserah kepada dan/atau dikumpul oleh kami dalam bentuk yang boleh diakses.
  • maklumat sensitifbermaksud maklumat peribada tentang perkara-perkara seperti keahlian persatuan professional, bangsa, etnik, afiliasi politik, agama, orientasi seksual, maklumat biometrik dan maklumat kesihatan anda.

2. Garis panduan privasi untuk ahli-ahli, pelajar-pelajar serta individu-individu lain

2.1. Apakah jenis maklumat peribadi yang kami kumpul dan pegang?

Kami mengumpul dan memegang:

(a) butiran hubungan anda, seperti alamat pejabat, alamat rumah, nombor-nombor telefon dan alamat e-mel;
(b) butiran peribadi anda, seperti tarikh dan tempat lahir, jantina, kelayakan, pendidikan (termasuk transkrip-transkrip), bahasa yang anda tutur dan latar belakang anda;
(c) butiran amalan anda, termasuk maklumat pekerjaan dan sejarah pengamalan, pengesyoran dan surat-surat rujukan (termasuk surat-surat kedudukan baik), maklumat tentang audit yang dilakukan terhadap perniagaan/amalan anda, maklumat mengenai sebarang siasatan, keputusan atau tindakan tatatertib yang lain;
(d) maklumat yang anda sediakan pada Tapak Web;
(e) maklumat keahlian anda, termasuk sejarah keahlian (termasuk kelakuan professional) dan aktiviti-aktiviti anda seperti perkhidmatan dalam on lembaga-lembaga, jawatankuasa-jawatankuasa dan majlis-majlis;
(f) maklumat sensitif, seperti sebarang rekod jenayah atau maklumat perubatan setakat mana ia berkaitan dengan fungsi-fungsi dan tanggungjawab-tanggungjawab kami sebagai badan kawal selia; dan
(g) rekod komunikasi anda dan interaksi-interaksi lain bersama kami.

2.2. Bagaimana kami mengumpul maklumat peribadi anda?

Kami mengumpul maklumat peribadi tentang anda apabila ia semunasabahnya diperlukan untuk satu atau lebih daripada aktiviti-aktiviti atau fungsi-fungsi kami. Maklumat peribadi ini dikumpul melalui beberapa cara, termasuk:

Melalui Tapak Web: Kami mungkin mengumpul maklumat peribadi daripada Tapak Web, seperti apabila anda melawati, menggunakan atau mendaftar pada Laman Web, App atau Halaman Media Sosial kami, menyertai (atau meminta untuk menyertai), memaparkan atau menyumbang dengan apa jua cara kepada Halaman Media Sosial CA ANZ, atau apabila anda melengkapkan suatu kaji selidik;

Daripada anda: Kami mungkin mengumpul maklumat peribadi daripada anda apabila anda menghubungi, berniaga atau berinteraksi dengan kami melalui telefon atau e-mel, memohon atau mendaftar diri untuk suatu program atau aktiviti, atau memasuki  pertandingan;

Daripada pihak ketiga: Kami mungkin menerima maklumat peribadi anda daripada sumber-sumber lain, seperti pangkalan-panglan data awam, senarai-senarai kenalan yang diperoleh, badan-badan professional (misalnya di bawah pengaturan timbal balik), majikan anda (misalnya apabila majikan anda mendaftarkan diri anda dalam suatu aktiviti atau khusus, pengawal-pengawal setia dan badan-badan kerajaan dan berkanun.

2.3. Apakah yang akan terjadi jika kami tidak mengumpul maklumat peribadi anda?

Pembekalan maklumat peribadi anda adalah secara sukarela. Namun demikian, jika anda tidak boleh, atau tidak akan, membekalkan kami dengan maklumat peribadi yang semunasabahnya diperlukan, kami mungkin tidak dapat menghubungi anda atau berinteraksi dalam apa jua cara dengan anda, memproses pemohonan, pendaftaran, pembaharuan langganan atau permintaan anda, melaksanakan fungsi-fungsi perundangan kami, atau memberikan sesetengah atau kesemua produk dan perkhidmatan kami kepada anda.

2.4. Cara kami mengguna maklumat peribadi anda

Kami tidak akan mengumpul atau menggunakan maklumat peribadi anda melainkan jika ia sah di sisi undang-undang untuk kami berbuat demikian. Kami mengumpul dan mengguna maklumat peribadi bagi tujuan-tujuan di berikut:

(a) memproses dan menilai pelajar, keahlian, pengkhususan dan pemohonan, pendaftaran dan pembaharuan yang lain;
(b) memenuhi pesanan-pesanan atau permintaan-perminataan bagi maklumat, produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan (dengan persetujuan anda, jika diperlukan);
(c )memenuhi peranan kami sebagai badan professional, termasuk memelihara calon, keahlian dan rekod-rekod yang berkenaan, membekalkan maklumat tentang perkhidmatan-perkhidmatan calon dan ahli, produk-produk dan faedah-faedah, dan melakukan penyelidikan dan advokasi awam yang relevan kepada ahli-ahli; 
(d) menghantar pembaharuan langganan; kertas-kertas undi dan maklumat lain yang berkaitan dengan fungsi-fungsi dan tanggungjawab-tanggungjawab kami di bawah Piagam kami, undang-undang kecil, undang-undang yang terpakai, kod-kod, dasar-dasar, amalan-amalan dan garis panduan;
(e) bagi tujuan promosi dan pemasaran, termasuk menyampaikan maklumat tentang produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami (dengan persetujuan anda, jika diperlukan);
(f) menyampai kepada ahli-ahli tentang perkara-perkara yang relevan kepada Program Akauntan Bertauliah, keahlian, akreditasi atau pengkhususan dan mana-mana program, peluang atau transaksi dengan kami yang lain;
(g) memantau, menyederhanakan dan memperbaiki Laman Web kami;
(h) menilai kesesuaian untuk pekerjaan atau pembekalan perkhidmatan-perkhidmatan oleh kontraktor bebas;
(i) menilai kesesuaian untuk perlantikan kapada lembaga, jawatankuasa atau majlis; 
(j) memenuhi kewajiban kontrak dan tanggungjawab kawal selia yang lain, termasuk berurusan dengan badan-badan keahlian di luar negara (misalnya di mana kami mungkin mempunyai urusan timbal balik, atau kami diperlukan untuk mengesahkan status anda sebagai ahli atau bekas ahli) dan pembekal-pembekal pembayaran luaran;
(k) menjalankan, menguruskan dan melaporkan ulasan dan audit jaminan kualiti;
(l) mengurus aduan-aduan dan kelakuan calon dan ahli serta proses tatatertib, termasuk menjalankan penyiasatan, melaksanakan prosidur-prosidur tatatertib yang berkenaan dengan kelakuan professional; dan membekalkan maklumat kepada pengawal-pengawal selia Australia dan luar negara, badan-badan kerajaan dan berkanun (seperti Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia);
(m) mengendalikan pertandingan;
(n) membekalkan dan mengurus biasiswa dan bantuan kebajikan yang lain, termasuk membekalkan maklumat kepada yayasan dan dana-daba kebajikan kami;
(o) menganjurkan latihan dan acara (termasuk dengan pihak ketiga); 
(p) membekalkan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan, atau maklumat yang berkaitan dengan produk-produk dan perkhidmatan-perkhdiamtan (dengan persetujuan anda, jika diperlukan);
(q) menilai dan memperbaikkan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami, serta untuk tujuan latihan dan kualiti, termasuk profil-profil bangunan, pemantauan, rakaman, dan analisa interaksi-interaksi dalam talian dan komunikasi antara anda dan kami; dan
(r) membekalkan maklumat kepada pihak ketiga seperti dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang atau mahkamah atau tribunal.

Kami mempunyai kepentingan yang sah untuk menggunakan maklumat anda dengan cara ini. Ia juga penting kepada sifat perkhidmatan yang kami bekalkan.

Dalam beberapa kes, ia adalah sah bagi kami untuk mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi anda, misalnya di mana ia diperlukan sebagai sesebahagian daripada fungsi perundangan atau awam pihak ketiga kami atau kerana undang-undang membenarkan atau menghendaki kami untuk berbuat demikian.

Sebagai tambahan kepada keadaan tertentu di atas, kami hanya akan menggunakan maklumat peribadi anda dengan persetujuan anda (jika diperlukan di bawah undang-undang perlindungan data) apabila kami memproses maklumat peribadi anda untuk menghantar anda bahan-bahan pemasaran tentang produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami (atau daripada pembekal perkhidmatan pihak ketiga) melalui e-mel, pemberitahuan teks atau 'push' bergantung kepada akaun anda atau tetapan system pengendalian anda. Anda berhak untuk memilih keluar daripada menerima pemasaran langsung sedemikian pada bila-bila masa.

Jika anda pada bila-bila masa ingin berhenti menerima mesej pemasaran langsung daripada kami, cara yang paling mudah untuk melakukannya (untuk mesej elektronik) adalah dengan menggunakan ciri berhenti langganan dalam mesej pemasaran yang anda terima. Anda juga boleh memberitahu kami dengan menghubungi kami menggunakan butiran hubungan yang dinyatakan dalam bahagian "Bagaimana untuk menghubungi kami". Dalam permintaan anda, sila nyatakan bahawa anda ingin berhenti menerima komunikasi pemasaran daripada kami. Jika anda merupakan seorang ahli, anda juga boleh mengemas kini keutamaan komunikasi melalui pusat keutamaan yang ada pada halaman log masuk anda.

Kami juga akan bergantung pada persetujuan anda di mana kami menggunakan kuki selain daripada kuki-kuki yang diperlukan untuk membekalkan perkhidmatan kami bagi tujuan yang dinyatakan pada polisi kuki kami di bawah.

Tapak Web kami mungkin mengandungi pautan-pautan ke laman-laman web yang dikendalikan oleh pihak ketiga. Kami tidak bertanggungjawab terhadap kandungan laman-laman web sedemikian, atau cara di mana laman-laman web tersebut mengendalikan sebarang maklumat peribada yang anda bekal. Dalam sesetengah kes, kami mungkin menggunakan pembekal perkhidmatan pihak ketiga untuk memproses pembayaran yang dibuat melalui Tapak Web. Dalam kes sebegini, maklumat peribadi anda mungkin dikumpul oleh pihak-pihak ketiga ini dan bukannya dikumpul oleh kami dan akan tertakluk kepada dasar privasi pihak ketiga, dan bukannya Dasar Privasi ini. Kami tidak mempunyai kawalan, dan tidak bertanggungjawab terhadap kegunaan atau penzahiran pihak ketiga mengenai maklumat peribadi anda.  

2.5 Penggunaan dan penzahiran maklumant peribadi

Kami tidak menggunakan maklumat peribadi anda atau menzahirkannya kepada organisasi yang lain kecuali:

(a) ia semunasabahnya diperlukan bagi salah satu tujuan yang dinyatakan di atas;
(b) dengan mengambil kira jenis sifat maklumat atau keadaan pengumpulan yang kami percaya anda akan mengharapkan bahawa kami akan menggunakan maklumat tersebut atau menzahirkannya;
(c) dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang atau mahkamah atau tribunal;
(d) adalah diperlukan untuk melindungi hak, harta, kesihatan atau keselamatan peribadi seseorang ahli, orang awam atau kepentingan-kepentingan kami, dan ia tidak munasabah atau tidak praktikal untuk mendapatkan persetujuan anda;
(e)  penzahiran tersebut adalah diperlukan bagi membantu mana-mana entity, badan atay orang untuk mencari seseorang yang dilaporkan hilang;
(f)  kami mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa aktiviti yang salah di sisi undang-undang, atau salah laku yang serius, yang berkaitan dengan fungsi-fungsi dan aktiviti-aktiviti kami yang telah, sedang atau mungkin terlibat, dan kami percaya bahawa pengumpulan, penggunaan atau penzahiran adalah diperlukan bagi membolehkan kami untuk mengambil tindakan yang sesuai;
(g) aset-aset dan operasi-operasi perniagaan kami dipindahkan kepada pihak lain sebagai usaha berterusan;
(h) ia diperlukan untuk mendapatkan perkhidmatan pihak ketiga, misalnya untuk menjalankan analisa atau membekalkan perkhidmatan pemprosesan maklumat (di mana penggunaan maklumat anda oleh pihak ketiga dikawal ketat);
(i) ia adalah untuk salah satu tujuan yang dibenarkan dengan nyata di bawah undang-undang perlindungan data dan privasi yang terpakai; atau
(j) anda telah memberikan persetujuan anda.

Untuk mengelakkan keraguan, kami mungkin menzahirkan maklumat peribadi anda kepada:

(a) mana-mana syarikat, afiliasi dan subsidiari kami yang berkaitan dan bersekutu, termasuk yang ditubuhkan pada masa yang akan datang;
(b) sebarang pemproses data yang memproses maklumat anda bagi pihak kami;
(c) di mana berkenaan, pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan atau produk-produk yang berkaitan dengan perniagaan kami seperti vendor, rakan perniagaan kami, dan mana-mana pihak yang membantu kami dalam melaksanakan tujuan yang diterangkan di atas;
(d) pihak-pihak yang menyertai skim pemasaran bersama dengan kami;
(e) mana-mana ejen, kontraktor atau pembekal perkhidmatan yang membekalkan pentadbiran, pemprosesan pesanan, penjelasan pembayaran, rujukan kredit, pengutipan hutang atau perkhidmatan lain yang diperlukan dalam pengendalian perniagan kami;
(f) mana-mana orang yang kami, dengan kepercayaan kami dengan suci hati, di bawah kewajipan untuk membuat penzahiran sebagaimana yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang yang terpakai;
(g) agensi-agensi kerajaan, pihak-pihak berkuasa berkanun dan pengawal-pengawal selia industri;
(h)juruaudit-juruaudit, perunding-perunding, akauntan-akauntan, peguam-peguam atau penasihat kewangan atau profesional kami yang lain; dan/atau
(i) subkontraktor kami atau perkhidmatan pihak ketiga atau pembekal-pembekal produk yang mungkin ditentukan sebagai perlu dan sesuai.

Untuk menindas atau mengehadkan penggunaan maklumat peribadi anda yang telah diberikan kepada kami sebelum ini, sila hubungi kami melalui e-mel, panggilan telefon atau menulis kepada kami menggunakan maklumat perhubungan yang disenaraikan di bahagian "Bagaimana untuk menghubungi kami" di bawah.

Kami tidak akan menjual maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga.

Penzahiran luar negara

Jika anda seorang ahli dan mengamal di luar negara Australia atau New Zealand (atau memohon untuk berbuat demikian). kami boleh menghantar maklumat peribadi anda ke luar negara sebagai tindak balas kepada siasatan daripada pihak berkuasa di negara asing tersebut. Kami juga boleh menggunakan pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang mungkin mempunyai pejabat atau operasi-operasi yang lain di luar Australia atau New Zealand. Akibatnya, maklumat peribadi anda boleh dizahirkan kepada penerima-penerima di negara asing tersebut.

Penerima-penerima maklumat tersebut mungkin terletak di New Zealand, Australia, Jepun, United Kingdom, Ireland, America Syarikat, Hong Kong, China, Singapore, Canada, Afrika Selatan, India, Indonesia, Malaysia dan Belanda.

Semua pembekal perkhidmatan yang mempunyai akses kepada maklumat peribadi yang dipegang oleh kami dikehendaki untuk merahsiakan maklumat tersebut dan dilarang untuk menggunakannya bagi apa-apa  tujuan selain daripada membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan mengikut penglibatan mereka. Kami akan mengambil semua langkah yang semunasabahnya diperlukan untuk memastikan bahawa maklumat peribadi anda dikendalikan dengan selamat dan mengikut Dasar Provasi ini serta undang-undang perlindungan data yang terpakai, termasuk, di mana relevan, dengan memasukkan klausa-klausa kontrak (atau langkah-langkah yang bersamaan) dengan parti yang berada di luar Kawasan Ekonomi Eropah. Klausa-klausa kontrak piawaian Kesatuan Eropah ('EU') boleh didapati di sini.

2.6 Pengaksesan dan pembetulan maklumat peribadi

Individu-individu boleh meminta akses kepada maklumat peribadi mereka melainkan jika kami dibenarkan oleh undang-undang untuk menahan maklumat tersebut. Individu-individu juga boleh meminta pembetulan apa-apa maklumat peribadi yang tidak tepat. Sebarang permintaan untuk akses atau pembetulan maklumat peribadi anda haruslah dibuat secara bertulas kepada Pegawai Privasi / Pegawai Perlindungan Data kami.

Dalam kebanyakan kes, kami akan memberikan seseorang individu akses kepada maklumat peribadi mereka. Setakat mana yang dibenarkan di sisi undang-undang, terdapatnya beberapa pengecualian di mana akses ini boleh dinafikan, iaitu:

(a) pemberian akses mungkin mempunyai kesan yang tidak munasabah terhadap privasi individu-individu yang lain;
(b) pemberian akses adalah salah di sisi undang-undang atau mugkin menjejaskan satu atau lebih daripada aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan penguatkuasaan yang dijalankan sehubungan dengan undang-undang tempatan oleh, atau bagi pihak, kami atau badan penguatkuasa;
(c) pemberian akses akan mendedahkan niat kami berhubung degan rundingan-rundingan seseorang individu dalam cara yang kemungkinannya akan menjejaskan rundingan-rundingan tersebut;
(d) kami mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa aktiviti yang menyalahi undang-undang, atau salah laku yang serius, berkaitan dengan fungsi-fungsi atau aktiviti-aktiviti sudah, sedang atau mungkin dilakukan dan pemberian akses kemungkinannya akan menjejaskan pengambilan tindakan yang sesuai berhubung dengan perkara tersebut;
(e) pemberian akses akan mendedahkan maklumat evaluatif yang kami hasilkan berhubung dengan proses membuat keputusan sensitif yang bersifat komersial;
(f) kami dengan semunasabahnya percaya bahawa pemberian akses akan menimbulkan ancaman serius kepada kesihatan, fizikat atau mental atau keselamatan seseorang individu, atau terhadap kesihatan awam atau keselamatan awam;
(g) permintaan untuk akses tersebut adalah remeh atau menimbulkan kesakitkan hati; atau
(h) di mana kami dibenarkan oleh undang-undang perlindungan data dan privasi yang terpakai untuk berbuat demikian.

Untuk meminta akses dan mendapatkan pembetulan maklumat peribadi yang kami pegang, sila hantarkan e-mel, buat panggilan telefon atau menulis kepada kami dengan menggunakan maklumat hubungan yang disenaraikan di bahagian "Bagaimana untuk menghubungi kami" di bawah.

Kami akan berusaha untuk membalas kepada apa-apa permintaan bagi akses atau pembetulan dalam tempoh 20 hari bekerja selepas penerimaan.

3. Pemastautin di Kawasan Ekonomi Eropah

Jika anda seorang pemastautin di Kawasan Ekonomi Eropah, anda mempunyaiu hak-hak di berikut berhubung dengan meklumat peribadi anda (jika berkenaan):

(a) Akses. Anda mempunyai hak untuk meminta salinan maklumat peribadi yang kami memproses mengenai anda. Untuk privasi dan keselamatan diri anda, mengikut budi bicara kami, kami mungkin menghendaki anda untuk membuktikan identiti anda sebelum diberikan maklumat yang anda minta.
(b) Pembetulan. Anda mempunyai hak untuk memperbetulkan maklumat peribadi yang kami proses tentang anda yang tidak lengkap dan tidak tepat.
(c) Pemadaman. Anda mempunyai hak untuk meminta agar kami memadamkan maklumat peribadi yang kami memproses tentang anda, kecuali kami tidak berkewajiban untuk melakukannya jika kami perlu mengekalkan data tersebut bagi mematuhi kewajiban undang-undang atau untuk menubuhkan, menjalankan atau mempertahankan tuntutan undang-undang.
(d) Sekatan. Anda mempunyai hak untuk menyekat pemprosesan kami terhadap maklumat peribadi anda di mana anda percaya bahawa data tersebut tidak tepat; pemprosesan kami adalah salah di sisi undang-undang; atau bahawa kami tidak lagi perlu memproses data tersebut untuk tujuan tertentu melainkan jika kami tidak dapat memadamkan data akibat kewajiban undang-undang atau kewajiban lain atau kerana anda tidak menghendaki kami memadamkannya.
(e) Kemudahalihan. Anda mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat peribadi yang kami terima tentang anda, dalam format terstruktur, eletreonik, dan untuk menghantar data tersebut kepada pengawal data yang lain, di mana ini adalah (a) maklumat peribadi yang telah anda berikan kepada kami, dan (b) jika kami memproseskan data tersebut berdasarkan persetujuan anda atau untuk melaksanakan kontrak dengan anda.
(f) Bantahan. Di mana justifikasi undang-undang untuk pemprosesan kami terhadap maklumat anda adalah kependtingan sah kami, anda mempunyai hak untuk membantah pemprosesan sebegini berdasarkan alasan yang berkaitan dengan keadaan anda. Kami akan mematuhi permintaan anda kecuali jika kami mempunyai alasan yang sah untuk pemprosesan yang mengatasi kepentingan dan hak anda, atau jika kami perlu meneruskan pemprosesan data untuk menubuhkan, menjalankan dan mempertahankan tuntutan undang-undang.
(g) Menarikkan persetujuan. Jika anda telah mempersetujui pemprosesan maklumat peribadi anda, anda berhak untuk menaik balik kebenaran anda pada bila-bila masa, tanpa caj. Ini termasuk kes-kes di mana anda ingin menarik keluar dari mesej pemasaran yang anda terima daripada kami.

Untuk membuat permintaan untuk melaksanakan mana-mana hak berhubung dengan maklumat pribadi anda, sila hantarkan e-mel, membuat panggilamn telefon atau menulis kepda kami yang disenaraikan di bahagian "Bagaimana unuk menghubungi kami" di bawah.

4. Berapa lama kami menyimpan maklumat peribadi anda?

Kami hanya akan menyimpan maklumat peribadi anda selagi diperlukan bagi tujuan pengumpulan maklumat peribadi tersebut dan setakat mana yang dibenarkan undang-undang yang terpakai. Apabila kami tidak lagi perlu menggunakannya, kami akan membuangnya dari sistem-sistem dan rekod-rekod kami dan/atau mengambil langkah-langkah untuk menganonimkannya supaya anda tidak dapat dikenal pasti daripadanya.

5. Keselamatan Maklumat Peribadi

Kami menggunakan langkah-langkah organisasi, teknikal dan pentadniran yang munasabah dan perlindungan keselamatan untuk melindungi, seperti yang munasabah dalam keadaan tersebut, maklumat peribadi yang kami ada daripada penyalahgunaan, penzahiran atau pengubahan maklumat di bawah kawalan kami. Di mana praktikal, kami melaksanakan langkah-langkah untuk memastikan bahawa organisasi-organisasi yang mendapat maklumat yang dizahirkan oleh kami mematuhi undang-undang perlindungan dat dan privasa yang terpakai. Jika seseorang pihak ketiga diberi akses kepada maklumat peribadi, kami mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan maklumat tersebut disimpan dengan selamat dan hanya digunakan bagi tujuan pembekalan perkhidmatan atau aktiviti yang berkaitan.

Malangnya, tiada penghantaran data melalui internet atau system penyimpanan data boleh dijamin 100% selamat.

Jika anda mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa interaksi anda dengan kami tidak lagi selamat (misalnya, jika anda berasa bahawa keselamatan mana-mana akaun yang anda mungkin ada dengan kami terjejas), sila maklumkan kami dengan segera dengan menggunakan maklumat hubungan yang disenaraikan di bahagian "Bagaimana untuk menghubungi kami" di bawah.

6. Maklumat lain

6.1. Apakah maklumat lain yang kami kumpul?

Tapak Web mengumpul maklumat lain yang boleh atau tidak merupakan maklumat peribadi. Maklumat lain termasuklah maklumat yang tidak boleh mengenal pasti identity anda, seperti:

(a) maklumat penyemak imbas atau peranti;
(b) maklumat fail log pelayan;
(c) data pengguna App;
(d) maklumat demografi;
(e) maklumat lokasi;
(f) maklumat teragregat.

6.2 Bagaimana kami mengumpul maklumat lain?

Melalui penggunaan App: Apabila anda memuat turun dan menggunakan App, kami dan pembekal-pembekal kerkhidmatan boleh menjejak dan mengumpul data penggunaan App seperti tarikh dan masa App, seperti tarikh dan masa App yang ada pada peranti anda mengakses pelayan kami dan maklumat dan fail apa yang telah dimuat turun ke App berdasarkan nombor pada peranti anda.

Menggunakan kuki: Kuki membolehkan pelayan web untuk memindahkan data ke computer atau peranti bagi tujuan penyimpanan rekod dan lain-lain. Jika anda tidak mahu maklumat dikumpulkan melalui penggunaan kuki, terdapatnya prosedur yang mudah dalam kebanyakan penyemak imbas yang membolehkan anda menolak penggunaan kuki. Untuk maklumat terperinci mengenai kuki yang kami gunakan dan tujuan kami gunakannya, sila lihat dasar kuki di bawah.

6.3 Bagaimanakah kami menggunakan maklumat lain?

Sila ambil perhatian bahawa kami boleh menggunakan dan menzahirkan apa-apa maklumat lain yang bukannya maklumat peribadi bagi apa-apa tujuan, melainkan jika kami dikehendaki di bawah undang-undang yang terpakai untuk melakukan sebaliknya; contohnya, jika kami kami dikehendaki untuk menganggap sesuatu maklumat sebagai maklumat peribadi di bawah undang-undang yang terpakai.

Dalam sesetengah keadaan, kami mungkin menggabungkan maklumat lain dengan maklumat peribadi. Jika maklumat lain boleh digabungkan dengan maklumat peribadi atau boleh digunakan untuk membina profil seseorang individu (dengan cara yang boleh digunakan untuk mengenal pasti individu tersebut), kami akan menganggap maklumat lain tersebut sebagai maklumat peribadi.

7. Kebimbangan privasi

Jika anda ingin maklumat yang lanjut mengenai pengendalian kami terhadap maklumat peribadi atau membuat suatu aduan tentang pengendalian maklumat peribadi anda, sila membuat aduan bertulis yang ditujukan kepada Pegawai Privasi kami menggunakan butiran-butiran hubungan di bawah. Sebaik sahaja kami menerima aduan anda, kami akan memberi maklum balas kepada anda dalam tempoh yang munasabah, biasanya dalam masa 20 hari bekerja.

Jika anda tidak puas hati dengan keputusan aduan anda, anda boleh menghubungi kami selanjutnya untuk memberi nasihat tentang kebimbangan anda dan jika kami tidak dapat mencapai penyelesaian yang memuaskan, anda mungkin ingin mengemukakan aduan anda kepada pihak berkuasa perlindungan data tempatan.

8. Variasi Dasar Privasi

Kami berhak untuk mengubahsuai Dasar Privasi ini pada bila-bila masa dengan menerbitkan versi Dasar Privasi ini yang telah dikemaskini di Laman Web kami dan mengambil apa-apa tindakan selanjutnya seperti yang dikehendaki oleh undang-undang, dan selepas itu, penggunaan berterusan anda terhadap Laman Web atau pemberian apa-apa maklumat peribadi yang selanjutnya daripada anda akan menunjukkan pengiktirafan anda kepada terma yang diubahsuai dari Dasar Privasi ini.

Sekiranya terdapat sebarang konflik antara versi Bahasa Inggeris dan terjemahan Bahasa asing Dasar Privasi ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

9. Bagaimana untuk menghubungi kami

Pegawai Privasi / Pengawai Perlindungan Data
Chartered Accountants Australia and New Zealand
33 Erskine Street
Sydney NSW 2000
P: +60 3 22890100 or +60 12 353 2577
E: privacy@charteredaccountantsanz.com

10. Dasar Kuki

10.1 Apa itu Kuki?

Kuki adalah fail teks kecil yang diletakkan pada peranti anda (seperti komputer, telefon pintar atau peranti lain yang didayakan oleh internet) apabila anda melawat suatu tapak atau halaman untuk mengumpul data mengenai penggunaan Laman Web kami pada suatu tarikh yang akan datang. Kuki akan membantu laman web, atau laman web lain, untuk mengenali peranti anda apabila anda melawati tapak tersebut. Kebanyakan penyemak imbas ditetapkan secara lalai untuk menerima kuki.

Selain daripada kuki, kami juga menggunakan suar web dan teknologi storan yang lain untuk mengumpulkan maklumat dari Laman Web kami. Seperti kuki, suar web dan teknologi penyimpanan yang serupa mengumpul data mengenai penggunaan Laman Web kami dan boleh mengenali peranti anda pada kali seterusnya anda melawati Laman Web kami.

10.2 Kenapa kami menggunakan kuki

Kami menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman penyemakan imbas anda (misalnya, dengan mengingati keutamaan anda dan mengenali anda sebagai pengunjung berulang ke Laman Web kami), dan untuk menjejak statistik-statistik mengenai penggunaan Laman Web kami. Ini membolehkan kami lebih memhami pengguna-pengguna kami (termasuk ahli-ahli yang dihargai) dan memperbaiki susun atur dan kefungsian Laman Web kami. Pengesanan ini amnya dijalankan sedemikina rupa untuk memastikan keanoniman para pengunjung ke Laman Web kami. Walaupun kuki boleh mengenal pasti computer anda, ia tidak sepatutnya mengenal pasti anda kecuali jika anda berdaftar dengan Laman Web (contohnya, kerana anda adalah ahli) atau log masuk menggunakan profil media sosial anda. Dalam hal ini, kuki akan dihubungkan dengan profil anda supaya kami dapat mengenali anda dan menyediakan kandungan yang lebih relevan.

10.3 Jenis-jenis kuki yang kami guna

Khususnya, kami menggunakan kuki berikut:

  • Kuki yang sangat diperlukan untuk pengoperasian Laman Web kami, seperti kuki yang membolehkan anda masuk ke dalam kawasan selamat Laman Web kami (misalnya, kawasan-kawasan ahli sahaja) atau mematuhi undang-undang (sebagai contoh, untuk menyimpan maklumat anda selamat). Jika pengguna memilih untuk menyahaktifkan kuki ini, pengguna mungkin mendapati bahawa bahagian-bahagian tertentu Laman Web kami tidak berfungsi dengan baik bagi mereka (misalnya, pengguna mungkin tidak boleh mengakses semua kandungan yang menjadi hak keahlian mereka untuk diakses).
  • Kuki prestasi yang mengenali dan mengira jumlah pengguna ke Laman Web kami dan membantu kami melihat bagaimanapengguna bergerak di Laman Web kami. Kuki ini tidak mengumpulkan maklumat yang mengenal pasti pelawat. Kami hanya menggunakan maklumat sedemikian untuk meningkatkan laman web kami. Maklumat ini membantu kami untuk mengetahui sejauh mana tapak web ini berfungsi dan menyoroti di mana ia dapat diperbaiki.
  • Kuki kefungsian yang digunakan untuk mengenali anda apabila anda kembali ke Laman Web kami dan membantu kami memperibadikan pengalaman kandungan dan laman web anda dengan mengingati pilihan anda. Kuki ini juga digunakan untuk menyediakan perkhidmatan yang anda minta. Maklumat yang dikumpulkan oleh kuki kefungsian mungkin atau mungkin tidak disiarkan, tetapi mereka tidak dapat menjejaki aktiviti penyemakan imbas anda di laman web lain.
  • Kuki penyasaran yang digunakan untuk merakamkan lawatan anda ke Laman Web kami, halaman yang anda lawati dan pautan yang anda ikuti. Kuki ini digunakan untuk mengiklankan produk yang relevan kepada anda di laman web lain, berdasarkan produk-produk dan kategori-kategori yang anda lihat di charteredaccountantsanz.com.

10.4 Kuki dan teknologi pihak ketiga

Kuki pihak ketiga adalah kuki yang ditetapkan oleh domain selain daripada yang anda kunjungi. Jika anda melawat salah satu Laman Web kami dan syarikat yang berasingan menetapkan suatu kuki melalui Laman Web ini, ini adalah kuki pihak ketiga.

Untuk mencuba dan membawa anda tawaran dan iklan yang menarik minat anda, kami mempunyai hubungan dengan syarikat-syarikat pihak ketiga termasuk, Google, Adobe Analytics, Facebook, LinkedIn dan pembekal-pembekal lain (Pembekal Pihak Ketiga) yang membolehkan mereka meletakkan kuki di Laman Web kami.

Pembekal Pihak Ketiga ini boleh:

  • menggunakan Kuki Pihak Ketiga, suar web, dan teknologi storan lain untuk mengumpulkan atau menerima maklumat daripada Laman Web kami dan di tempat lain di internet;
  • membandingkan maklumat yang tidak lagi dapat dikenal pasti daripada kami dengan maklumat yang dikumpulkan di tempat lain di internet; dan
  • menggunakan maklumat tersebut untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan pengukuran dan iklan-iklan sasaran kepada anda.

10.5 Berapa lama kuki akan disimpan pada peranti anda

Kuki sesi adalah sementar. Mereka membenarkan pengendali-pnegendali laman web untuk memaut tindakan pengguna semasa sesi penyemak imbas, tempoh masa antara pengguna membuka tingkap penyemak imbas dan menutupnya. Setelah ditutup, kuki akan dipadamkan.  Kuki berterusan akan kekal pada peranti pengguna untuk tempoh masa yang ditentukan dalam kuki tersebut.

10.6 Bagaimana anda boleh mengurus kuki anda

Jika anda tidak mahu menerima apa-apa kuki (selain daripada yang diperlukan) anda boleh menetapkan penyemak imbas anda (seperti Firefox, Google Chrome, Internet Explorer atau Safari) sama ada untuk menyegera atau menolak kuki. Sila ambil perhatian bahawa penolakan kuki mungkin bermakna bahawa bukan semua fungsi di Laman Web kami yang anda lawati tersedia kepada anda.

Beberapa laman web yang membolehkan anda mengawal maklumat yang dikumpulkan mengenai anda adalah: